467 - Moga
Friday, 17 May 2013 / 20:43 /
Proses berfikir perlukan semua.
Kelima-lima pancaindera.
Kau tahu, apa yang paling susah dalam membuat keputusan?
Ia apabila fikiranmu banyak dunia dari akhirat sana.
Jadi, hati ;
Aku mohon kau terdorong ke arah dua-duanya.
Moga tak tersalah pilihan bimbang jatuh dalam lopak dunia yang penuh mehnah.
Kau tahu,
mehnah bukan hujung jauh nun di sana.
mungkin juga disisi kita sekarang.
Aku mahu pilih yang terbaik.
Gembiranya bukan aku sahaja,
ibu bapaku juga.
Adik kakak abangku juga.
Dan aku mohon ini semua bawah redhaNya.
Tak lari dari itu.
Moga aku terus kuat dan tsabat.
Allahumma Aamiin.
466 - Mohonlah, aku mohon.
Friday, 10 May 2013 / 21:17 /
Whatever good you put forward yourselves - you will find it with Allah. It is better and greater in reward. And seek forgiveness of Allah. Indeed Allah is Forgiving and Merciful. [73:20]
Nah.
Lihat ini,
tak perlu panjang-panjang.
Well elaborated.
Semuanya kerana adanya Allah dan semuanya bertambah baik, no?
Better and greater in reward.
Tak perlu susah-susah ingin menempah pahala,
cukup dengan mujahadah.
Mudah.
Ya, mudah pada mulut.
Pada 'dalam' diri itu juga perlukan sesuatu.
Perlu mujahadah yang tinggi dan
nafsu yang melawan 'baik' perlu ditumpaskan.
Mohonlah seribu keampunan,
ketika mulut masih boleh berbicara,
sebelum anggota lain menjadi saksi bicara.
Mohonlah, aku mohon.
Allah is Forgiving and Merciful, no?
Indeed sayang, indeed.
Aku mohon maaf atas Manglish yang
ter'over'.
465 - Awak, sahabat sampai syurga.
/ 20:45 /
There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle. - Albert Einstein
We have to choose.
Sama ada nak pilih ;
Tiada apa pun yang luar biasa,
atau semuanya luar biasa.
Jatuh bangkit seseorang tu,
bukan pada kejayaannya dalam mendapatkan sesuatu,
tapi dalam bukti kejayaaannya dalam mendapatkan sesuatu.
Bukti yang saya nampak : awak telah usaha;
Nak tukar tak cantik jadi cantik,
nak tukar malas jadi rajin,
nak tukar yang jahat-jahat jadi baik-baik.
Allah akan balas, sayang.
Allah melihat pada usaha bukan natijah.
Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend. - Albert Camus
Selama-lamanya NurAshikinRamlan.
Moga ukhwah kita tak terhenti di 'kolej' itu.
Moga juga ukhwah kita tak terhenti pabila salah seorang kita nanti mati.
Moga ukhwah kita ini berlangsung sampai syurga abadi.
Kita sama-sama menanti satu sama lain.
Saya jatuh dan luka,
awak hulur tangan untuk hilang beban.
Awak sedih dan menangis,
saya hulur kata-kata dan tisu juga untuk hilangkan resah.
Kita sama-sama dalam semua.
Tapi, kali ini,
saya sedih juga T.T
Saya tak mampu hulur awak tisu. Sobsobsss
Allah is all in all. Allah sees you, and is with you, wherever you are, and whatever you do.
Moga tulisan ini menenangkan hati awak.
Sebab saya jauh nak bagi warm hug dekat awak.
Awak hari-hari dalam doa saya, sayang.
Moga awak selalu tahu,
Allah is enough for his servant.
Cukuplah Allah buatku dan buatmu.
Serius saya cakap,
awak orang pertama jejak blog ini :))
464 - Hujan itu bawa banyak makna...
Thursday, 9 May 2013 / 20:17 /
Buku itu aku jumpa.
Perempuan Pencari Tuhan 1&2,
Namun, belum cukup wang ingin membeli.
Tajuk buku itu persis kita ; perempuan maksudku.
Kita semua pencari Tuhan.
Aku baru usai membaca,
"Abiding hope and love",
karya hebat Connie Arnold.
"What the raindrop can accomplish has a limit on its own,
the benefit is small when it is all alone;
But when it joins together with others in the rain,
the effect of its nourishment become much more plain."
Apa yang aku faham,
apabila berseorangan dan bersendirian,
hasilnya tidak nampak,
bagai satu titik air hujan takkan membentuk laluan.
Ia perlukan kesatuan titik-titik lain agar laluan air yang laju dibentuk,
mudah agar ia menjadi titisan hujan yang renyai-renyai,
malah lebat.
463 - Dunia ini tak beban jika...
/ 19:59 /
Bila dia hidup untuk Allah,
dia cukup segala-galanya.
Bila dia hidup untuk manusia,
dia juga cukup pada dunia,
namun akhiratnya tiada apa-apa,
menanti diisi hanya.
Allah selalu uji,
titik-titik lemah sekali,
dalam hidup seorang diri.
Kita penentu,
sama ada sakit dan keluh,
atau sakit dan syukur.
Kita di atas bumi yang sama,
tapi jalan kita berbeza.
Hidupilah kehidupanmu sehidup-hidupnya.
Aku dan engkau,
punya isi hidup yang berbeza.
Live the life.
Aku tak baca puisi,
tapi puisi,
aku suka dan tiba-tiba jadi jatuh cinta.
462 - Adik, HB.
/ 04:08 /
Hari lahir adikku,
hari ini.
NurAinBazilah.
Selamat mendekati mati,
aku pernah dengar itu.
Cliche, no?
Takut untuk menghadapi mati,
tanda orang beriman.
Aku perlu masa untuk hurai satu persatu.
Siapa sahaja mahu masuk neraka?
Ha ha ha.
Lawak yang berbisa buat orang yang inginkan syurga.
Ya, tiada siapa berkeinginan 'tempat' panas itu,
tiada siapa ingin menanti rakan di pintu 'jahat-jahat' itu.
Jadi, apa salahnya,
bantu rakan.
Sokong rakan anda yang ingin ke arah yang baik-baik.
Jangan sesekali nilai diri hamba itu sependek akalmu,
nilai diri insan itu sepanjang hayatmu.
Mungkin dosa yang mereka lakukan hari ini,
menjadi dosamu pada hari esok.
Hanya Allah yang tahu, kamu.
Mungkin juga baik-baik yang kamu buat hari ini,
baik-baik untuk mereka juga, esok.
Allahu 'Alam.
461 - Proud to be.
/ 03:57 /
Aku bangga tapi,
aku mohon jauh daripada sifat yang satu itu.
Ya, apalagi kalau bukan riak.
Emm, apa yang aku dapat daripada bahan bacaan aku hari ni ;
Islam is a given not an option.
"Headshot".
Itu saja mampu aku cakap.
Sakit dan terluka.
Emm, aku perlu masa.
Aku perlu masa.
Aku tak rasa yang aku nak delete blog lama.
Biar ada something yang aku buat untuk aku dapat
long term pahala.
Ehh? Heh,
aku seorang je tahu dan faham.
Aku kini bangga mengaku aku Islam,
tapi aku bimbang amalku.
Yuk, tambah amal!
SILAM /