459 - Aku pilih jalan susah.

Wednesday, 8 May 2013 / 03:29 / 0 comment(s)


Aku baru sedar,
inilah padahnya berubah kerana manusia.
Aku dah bagitahu,
aku berubah sedikit-sedikit.
Entahlah jadi apa pula lepas ni.
Kenapa tak boleh terima?
Aku tak pernah bagitahu pun,
sebab aku berubah.
Kenapa kau dan kau perlu menghukum?

Aku ambil keputusan berubah,
kali ini betul-betul kerana-Nya.
tak sempat aku memijak kedua-dua belah kakiku,
banyak pula soksek di belakangku.
Aku kini ambil jalan susah.
Jalan susah, kau tahu?
Di mana jalan aku menyepi,
biar semua orang tak kenal aku.
Biar semua orang kenal aku dengan,
sifat yang berubah.

Aku tahu dan aku sedar,
jalan ini sangat susah.
Jalan ini perlu kebergantungan pada diri yang sangat kuat.
Yang SANGAT kuat.
Susah itukan pilihan aku sejak dahulu.
Tapi, mindset aku pabila dikata susah akan jadi senang.
Itu mindset aku.
Itu sebabnya aku pilih jalan susah.

SILAM / Newer Post